Apakah Prinsip Asas Pengurusan Dalam Islam?
Prinsip asas pengurusan dalam islam mempunyai 3 iaitu: Demokrasi,
Delegasi, Syura
1) DEMOKRASI
Demokrasi ialah jaminan hak individu untuk
bertindak bagi mendapat dan mempertahankan hak.
Namun demikian Islam menekankan kewajipan tentang memelihara
hak masyarakat. Islam menjamin hak individu dan masyarakat secara
serentak dengan mewajibkan setiap individu bersifat benar, jujur, ikhlas, amanah, bertanggungjawab dan adil dalam
pengurusan. Umat Islam mesti menjauhkan diri dari sifat-sifat mazmumah seperti bohong, mungkir
janji, mengampu dan sebagainya.
2) DELEGASI
Delegasi atau agihan dan penyerahan tugas dilakukan mengikut
kemahiran, kelayakan dan minat seseorang di dalam memangku tugas yang
diberikan oleh pihak pengurusan atau ketua. Orang yang diberi kuasa ini bertanggungjawab untuk
melaksanakan tugas dan membuat keputusan dengan amanah tetapi
tanggungjawab sepenuhnya masih disandang oleh pihak pengurusan.
3) SYURA
Prinsip syura dalam pengurusan merangkumi perundingan, perbincangan dan mesyuarat dengan
kakitangan bagi memastikan peluang penyertaan diberi kepada setiap ahli
organisasi untuk memberikan pendapat bagi mencapai keputusan bersama. Prinsip
ini akan memperkukuhkan lagi demokrasi, sifat amanah, benar dan ikhlas dalam
diri individu.
Sumber: http://amalsyumiratika.blogspot.my/
Ulasan
Catat Ulasan