Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

Apakah hukuman bagi orang yang mempersendakan Agama Islam?

1.       HUKUM MEMPERSENDAKAN AGAMA ·         Akan mendapat balasan dan azab yang dahsyat daripada Allah 2.       PERBUATAN-PERBUATAN YANG DIANGGAP MEMPERSENDAKAN AGAMA ·         Mempermainkan dan mempersendakan ajaran islam sama ada melaui lisan atau perbuatan ·         Memperkecilkan tuntutan agama ·         Bangga apabila melanggar larangan Allah ·         Menghina orang yang bertakwa ·         Menjunjung perbuatan maksiat ·         Tidak bersolat ·         Makan disiang hari pada bulan ramadhan di khalayak ramai ·         Tidak membayar zakat yang difardhukan 3.       GOLONGAN YANG SERING MEMPERSENDAKAN AGAMA ·         Musyrikin -    ...

Apakah perkara yang dilarang oleh Agama Islam?

Imej
Ustaz Abu Omar Idris bin Sulaiman hafizahumullah (Disalin dari rakaman  kuliah Riyadhus Salihin, Kitab 17: Perkara-perkara yang dilarang, 01.11.2013 ) بسم الله الرحمٰن الرحيم Alhamdulillah kita dipertemukan sekali lagi pada malam ini untuk meneruskan pengajian kita di dalam kitab Riyadhus Salihin karangan Imam Al-Nawawi  rahimahullah . Pada malam ini insyaAllah kita akan mulakan dengan kitab yang baru di dalam kitab Riyadhus Salihin, iaitu kitab ke-17: Perkara-Perkara yang Dilarang di dalam Agama. Kalau kita lihat di dalam hukum hakam syariat, apabila dikatakan larangan, ia perkara yang berlawanan dengan suruhan. Jadi yang dimaksudkan dengan larangan adalah supaya jangan dilakukan sesuatu itu. Kebiasaannya dalam nas-nas Syarak digunakan perkataan لا yang membawa maksud ‘jangan’, atau perkataan seperti إياكَ yang bererti ‘jangan sekali-kali engkau’, jauhilah, dan yang semisalnya. Maka apa juga larangan di dalam Syarak ataupun di dalam nas-nas Al-Quran dan Sunn...

Bagaimanakah kita ingin tingkatkan keimanan kita kepada Allah SWT?

1. Perbanyakkan menyemak dan memahami ayat-ayat Al-Quran Al-Qur’an diturunkan Allah sebagai cahaya dan petunjuk, sebagai ubat bagi hati manusia. “Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an sesuatu yang menjadi ubat dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Isra ‘: ayat 82). Kata Ibnu Qayyim, yang seharusnya dilakukan oleh seorang muslim untuk menyembuhkan hatinya melalui Al-Quran, “Caranya ada dua macam: pertama, engkau harus mengalihkan hatimu dari dunia, lalu engkau harus menempatkannya di akhirat. Kedua, sesudah itu engkau harus menghadapkan semua hatimu kepada pengertian-pengertian Al-Qur’an, memikirkan dan memahami apa yang dimaksudkan dan mengapa ia diturunkan. Engkau harus mengamati semua ayat-ayat-Nya. Jika suatu ayat diturunkan untuk mengubati hati, maka dengan izin Allah hati itu pun akan sembuh. ” 2. Rasakan keagungan Allah seperti yang digambarkan Al-Quran dan Sunnah Al-Quran dan Sunnah banyak sekali mengungkap keagungan Allah swt. Seorang muslim yang ketika dih...

Apakah Keselamatan Agama Islam?

Keselamatan agama merupakan matlamat syariah yang pertama  dan terpenting dalam kehidupan seorang muslim. Agama adalah asas keimanan setiap insan di bumi ini, ianya perlu dijaga supaya terjamin kemuliaannya .   Agama juga menjdai pemisah kualiti sebenar seorang muslim dan ia berkait rapat dengan soal akidah.     Syariat Islam telah menerangkan kepada manusia kaedah menjaga agama, kerana agama adalah perkara utama dalam hidup manusia . Lebih daripada itu, keselamatan manusia di dunia dan akhirat bergantung kepada kekuatan pegangannya terhadap agama , Oleh itu, kelalaian dalam memberikan tumpuan terhadap perkara-perkara tersebut boleh menyebabkan seseorang manusia itu sentiasa dalam kemurkaan Allah SWT kerana ianya adalah tuntutan matlamat umum syari'ah Islamiah yang paling utama.    Islam adalah agama yang menjadikan keyakinan kepada keesaan Allah SWT sebagai asas ajarannya. Justeru, apa sahaja perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan...