Apakah Keselamatan Agama Islam?

Keselamatan agama merupakan matlamat syariah yang pertama dan terpenting dalam kehidupan seorang muslim. Agama adalah asas keimanan setiap insan di bumi ini, ianya perlu dijaga supaya terjamin kemuliaannya. Agama juga menjdai pemisah kualiti sebenar seorang muslim dan ia berkait rapat dengan soal akidah.


    Syariat Islam telah menerangkan kepada manusia kaedah menjaga agama, kerana agama adalah perkara utama dalam hidup manusia. Lebih daripada itu, keselamatan manusia di dunia dan akhirat bergantung kepada kekuatan pegangannya terhadap agama, Oleh itu, kelalaian dalam memberikan tumpuan terhadap perkara-perkara tersebut boleh menyebabkan seseorang manusia itu sentiasa dalam kemurkaan Allah SWT kerana ianya adalah tuntutan matlamat umum syari'ah Islamiah yang paling utama.

   Islam adalah agama yang menjadikan keyakinan kepada keesaan Allah SWT sebagai asas ajarannya. Justeru, apa sahaja perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan terhadap keyakinan kepada keesaan Allah SWT adalah dilarang sama sekali antaranya murtad, syirik, khurafat, dan seumpamanya.

   Perkara ini juga terguna pakai dalam konteks pengurusan Islam, aspek keagamaan perlu dititikberatkan. Kegiatan yang dilaksanakan hendaklah dijaga agar tidak bercanggah dengan ajaran yang berteraskan fahaman tauhid serta tidak menggugat akidah yang dianuti seseorang. Begitu juga sebaliknya, apa sahaja kegiatan yang meningkatkan keimanan dan keteguhan akidah perlu dibudayakan. Antara perkara-perkara yang menyalahi agama dalam sistem pengurusan Islam adalah syirik seperti memuja dan meminta pertolongan daripada sesuatu selain daripada Allah, menggunakan khidmat pawang, perbomohan, menggantung tangkal, menggunakan pelaris, menggunakan sihir pada lawan dan pesaing.


Sumber: Buku Pengurusan Dalam Islam disunting oleh Nurhidayu Binti Salleh dan Noraini Binti Sulaiman

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah hukuman bagi orang yang mempersendakan Agama Islam?

Apakah itu Pengurusan Dalam Islam?