Apakah Itu Maqasid Syariah?
Maqasid Syariah merupakan suatu ilmu yang harus dipelajari terutamanya bagi ulama fiqh agar setiap ijtihad dan pendapat yang diberikan bertepatan dengan kehendak syariat. Maqasid Syariah secara ringkasnya bermaksud tujuan , natijah, atau maksud yang dikehendaki oleh syarak melaluli sumber dalil Al-Quran dan As-Sunnah . Secara umumnya juga Maqasid boleh didefinasikan sebagai: جلب المصالح ودرؤ المفسدة وإزالة المضرة Maksudnya: Mewujudkan kebaikan, menolak keburukan, dan menghilangkan kemudharatan. Ilmu Maqasid Syariah secara ringkas terbahagi kepada 2: 1.مقاصد الخطاب (Maqasid Al-Khitab) Maqasid Al-Khitab ialah maksud yang tersirat disebalik nas atau ayat al-Quran dan hadis. Ia digunakan apabila nas syarak mempunyai dua makna iaitu: Zahir makna dalil bukan atau tidak seperti maksud yang dikehendaki Makna kedua, atau makna yang tersirat dari dalil itu yang sebenarnya dikehendaki 2. مقاصد الأحكام (Maq...