Apakah Itu Maqasid Syariah?

Maqasid Syariah merupakan suatu ilmu yang harus dipelajari terutamanya bagi ulama fiqh agar setiap ijtihad dan pendapat yang diberikan bertepatan dengan kehendak syariat.

Maqasid Syariah secara ringkasnya bermaksud tujuan, natijah, atau maksud yang dikehendaki oleh syarak melaluli sumber dalil Al-Quran dan As-Sunnah. Secara umumnya juga Maqasid boleh didefinasikan sebagai:

جلب المصالح ودرؤ المفسدة  وإزالة المضرة

Maksudnya: Mewujudkan kebaikan, menolak keburukan, dan menghilangkan kemudharatan.


Ilmu Maqasid Syariah secara ringkas terbahagi kepada 2:

     1.مقاصد الخطاب (Maqasid Al-Khitab)
Maqasid Al-Khitab ialah maksud yang tersirat disebalik nas atau ayat al-Quran dan hadis. Ia digunakan apabila nas syarak mempunyai dua makna iaitu:
Zahir makna dalil bukan atau tidak seperti maksud yang dikehendaki
Makna kedua, atau makna yang tersirat dari dalil itu yang sebenarnya dikehendaki 
   
     2.  مقاصد الأحكام (Maqasid Al-Ahkam)
Maqasid Al-Ahkam merupakan jawapan atau penerangan kepada persoalan yang timbul daripada kehendak syarak dalam Maqasid Al-Khitab.

Seperti contoh, jika terdapat dalil yang menyuruh ambil sebahagian dari harta orang islam untuk dijadikan sebagai zakat, maka Maqasid Al-Khitab yang akan menentukan bahawa perintah ini perlu dipatuhi oleh semua orang islam hatta pemimpin negara sekalipun terikat dengan perintah ini, maka Maqasid Al-Ahkam yang akan menerangkan kenapa kenapa kita perlu ambil harta orang dan beri zakat kepada orang lain? mengapa hanya Asnaf yang layak menerima zakat, apakah hikmah disebalik tu dan sebagainya.

Sumber: http://fiqhsyariah.blogspot.my/2012/12/apakah-maqasid-syariah.html?m=1

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah hukuman bagi orang yang mempersendakan Agama Islam?

Apakah Prinsip Asas Pengurusan Dalam Islam?

Apakah Matlamat Pengurusan Dalam Islam?