Catatan

Apakah hukuman bagi orang yang mempersendakan Agama Islam?

1.       HUKUM MEMPERSENDAKAN AGAMA ·         Akan mendapat balasan dan azab yang dahsyat daripada Allah 2.       PERBUATAN-PERBUATAN YANG DIANGGAP MEMPERSENDAKAN AGAMA ·         Mempermainkan dan mempersendakan ajaran islam sama ada melaui lisan atau perbuatan ·         Memperkecilkan tuntutan agama ·         Bangga apabila melanggar larangan Allah ·         Menghina orang yang bertakwa ·         Menjunjung perbuatan maksiat ·         Tidak bersolat ·         Makan disiang hari pada bulan ramadhan di khalayak ramai ·         Tidak membayar zakat yang difardhukan 3.       GOLONGAN YANG SERING MEMPERSENDAKAN AGAMA ·         Musyrikin -    ...

Apakah perkara yang dilarang oleh Agama Islam?

Imej
Ustaz Abu Omar Idris bin Sulaiman hafizahumullah (Disalin dari rakaman  kuliah Riyadhus Salihin, Kitab 17: Perkara-perkara yang dilarang, 01.11.2013 ) بسم الله الرحمٰن الرحيم Alhamdulillah kita dipertemukan sekali lagi pada malam ini untuk meneruskan pengajian kita di dalam kitab Riyadhus Salihin karangan Imam Al-Nawawi  rahimahullah . Pada malam ini insyaAllah kita akan mulakan dengan kitab yang baru di dalam kitab Riyadhus Salihin, iaitu kitab ke-17: Perkara-Perkara yang Dilarang di dalam Agama. Kalau kita lihat di dalam hukum hakam syariat, apabila dikatakan larangan, ia perkara yang berlawanan dengan suruhan. Jadi yang dimaksudkan dengan larangan adalah supaya jangan dilakukan sesuatu itu. Kebiasaannya dalam nas-nas Syarak digunakan perkataan لا yang membawa maksud ‘jangan’, atau perkataan seperti إياكَ yang bererti ‘jangan sekali-kali engkau’, jauhilah, dan yang semisalnya. Maka apa juga larangan di dalam Syarak ataupun di dalam nas-nas Al-Quran dan Sunn...

Bagaimanakah kita ingin tingkatkan keimanan kita kepada Allah SWT?

1. Perbanyakkan menyemak dan memahami ayat-ayat Al-Quran Al-Qur’an diturunkan Allah sebagai cahaya dan petunjuk, sebagai ubat bagi hati manusia. “Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an sesuatu yang menjadi ubat dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Isra ‘: ayat 82). Kata Ibnu Qayyim, yang seharusnya dilakukan oleh seorang muslim untuk menyembuhkan hatinya melalui Al-Quran, “Caranya ada dua macam: pertama, engkau harus mengalihkan hatimu dari dunia, lalu engkau harus menempatkannya di akhirat. Kedua, sesudah itu engkau harus menghadapkan semua hatimu kepada pengertian-pengertian Al-Qur’an, memikirkan dan memahami apa yang dimaksudkan dan mengapa ia diturunkan. Engkau harus mengamati semua ayat-ayat-Nya. Jika suatu ayat diturunkan untuk mengubati hati, maka dengan izin Allah hati itu pun akan sembuh. ” 2. Rasakan keagungan Allah seperti yang digambarkan Al-Quran dan Sunnah Al-Quran dan Sunnah banyak sekali mengungkap keagungan Allah swt. Seorang muslim yang ketika dih...

Apakah Keselamatan Agama Islam?

Keselamatan agama merupakan matlamat syariah yang pertama  dan terpenting dalam kehidupan seorang muslim. Agama adalah asas keimanan setiap insan di bumi ini, ianya perlu dijaga supaya terjamin kemuliaannya .   Agama juga menjdai pemisah kualiti sebenar seorang muslim dan ia berkait rapat dengan soal akidah.     Syariat Islam telah menerangkan kepada manusia kaedah menjaga agama, kerana agama adalah perkara utama dalam hidup manusia . Lebih daripada itu, keselamatan manusia di dunia dan akhirat bergantung kepada kekuatan pegangannya terhadap agama , Oleh itu, kelalaian dalam memberikan tumpuan terhadap perkara-perkara tersebut boleh menyebabkan seseorang manusia itu sentiasa dalam kemurkaan Allah SWT kerana ianya adalah tuntutan matlamat umum syari'ah Islamiah yang paling utama.    Islam adalah agama yang menjadikan keyakinan kepada keesaan Allah SWT sebagai asas ajarannya. Justeru, apa sahaja perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan...

Apakah Itu Maqasid Syariah?

Maqasid Syariah merupakan suatu ilmu yang harus dipelajari terutamanya bagi ulama fiqh agar setiap ijtihad dan pendapat yang diberikan bertepatan dengan kehendak syariat. Maqasid Syariah secara ringkasnya bermaksud tujuan , natijah, atau maksud yang dikehendaki oleh syarak melaluli sumber dalil Al-Quran dan As-Sunnah . Secara umumnya juga Maqasid boleh didefinasikan sebagai: جلب المصالح ودرؤ المفسدة  وإزالة المضرة Maksudnya: Mewujudkan kebaikan, menolak keburukan, dan menghilangkan kemudharatan. Ilmu Maqasid Syariah secara ringkas terbahagi kepada 2:      1.مقاصد الخطاب (Maqasid Al-Khitab) Maqasid Al-Khitab ialah maksud yang tersirat disebalik nas atau ayat al-Quran dan hadis. Ia digunakan apabila nas syarak mempunyai dua makna iaitu: Zahir makna dalil bukan atau tidak seperti maksud yang dikehendaki Makna kedua, atau makna yang tersirat dari dalil itu yang sebenarnya dikehendaki           2.  مقاصد الأحكام (Maq...

Apakah Prinsip Asas Pengurusan Dalam Islam?

Prinsip asas pengurusan dalam islam mempunyai 3 iaitu:  Demokrasi, Delegasi, Syura 1) DEMOKRASI Demokrasi ialah  jaminan  hak individu untuk bertindak bagi  mendapat  dan  mempertahankan  hak. Namun demikian Islam  menekankan  kewajipan tentang memelihara hak  masyarakat . Islam menjamin hak individu dan masyarakat secara serentak dengan mewajibkan setiap individu bersifat  benar ,  jujur ,  ikhlas ,  amanah ,  bertanggungjawab  dan  adil  dalam pengurusan. Umat Islam mesti menjauhkan diri dari sifat-sifat  mazmumah  seperti  bohong ,  mungkir janji ,  mengampu  dan sebagainya. 2) DELEGASI Delegasi atau agihan dan penyerahan  tugas  dilakukan  mengikut kemahiran , kelayakan dan minat seseorang di dalam memangku tugas yang diberikan oleh pihak pengurusan atau ketua. Orang yang diberi kuasa ini  bertanggungjawab  untuk melaksanakan tu...

Apakah Matlamat Pengurusan Dalam Islam?

Di antara matlamat dan pengurusan dalam islam ialah :-             Sebuah organisasi perlu mempunyai satu matlamat yang  betul  dan matlamat tersebut haruslah  berkenaan  dengan  syariat  dalam  islam . Pada masa yang sama, matlamat tersebut harus  menepati  piawaian dalam islam. Apabila sudah mempunyai satu matlamat kita sebagai manusia harus menepati segala yang telah kita matlamatkan dan  janganlah  pula kita telah bermatlamat tetapi tidak menunaikannya. Bak kata pepatah  indah khabar dari rupa . Setelah sebuah organisasi mempunyai matlamat kita sebagai satu organisasi harus memikirkan tentang aspek keselamatan jiwa (nyawa) . Dalam aspek ini, kita membincangkan tentang isu nyawa seorang nyawa pekerja yang sangat bernilai. Malah di dalam aspek ini merangkumi tentang  akal ,  maruah  dan  hartanya  kita harus jaga. Dalam hal ini kita perlu membe...